Kamis, 17 Januari 2008

VARIASI GENETIKA


Variasi genetik




Variasi merupakan perbeDaan di kalangan organisma yang sama spesies dari segi fenotip dan genotip.

Fenotip

Fenotip merupakan suatu ciri fizikal yang boleh dilihat seperti rupa, warna kulit dan lain-lain. Fenotip dipengaruhi oleh genotip dan persekitaran.

Genotip

Genotip merupakan kandungan genetik di dalam sesuatu organisma. Genotip tidak dapat dilihat dengan mata kasar, dan bergantung kepada pewarisan gen daripada induk-induk organisma.

Gen

Gen merupakan unit asas bahan genetik dalam sesuatu organisma, dan terbina daripada rangkai panjang protein yang disebut DNA. Dengan kata lain, genotip merujuk kepada kandungan genetik dalam sel-sel organisma.

Jenis variasi

Antara variasi individu pada manusia adalah seperti kebolehan mengulung lidah, lekapan cuping telinga, kumpulan darah dan lain-lain lagi.

Terdapat 2 jenis variasi iaitu:

  1. Variasi selanjar
  2. Variasi tak selanjar

Variasi selanjar

Variasi selanjar merupakan perbezaan kecil atau kurang jelas yang wujud antara organisma.Contohnya seperti berat badan, ketinggian, kepintaran dan sebagainya.Variasi ini dipengaruhi oleh genotip dan persekitaran.

Variasi tak selanjar

Variasi tak selanjar merupakan perbezaan yang besar atau ketara yang wujud antara organisma.Contohnya seperti jenis kumpulan darah, warna mata, kebolehan menggulung lidah dan sebagainya.Variasi ini hanya dipengaruhi oleh genotip.

Punca berlakunya variasi dalam organisma

Punca ini dipengaruhi oleh

  1. faktor genetik
  2. faktor persekitaran
  3. faktor genetik berinteraksi antara faktor persekitaran

Faktor genetik

Faktor genetik boleh mempengaruhi variasi dalam organisma disebabkan oleh 4 faktor iaitu:

  1. Meiosis - pindah silang
  2. Gabungan rambang kromosom - Mengikut Hukum Mendel II
  3. Pembiakan seks - Pengabungan gamet-gamet untuk persenyawaan
  4. Mutasi gen - Dipengaruhi oleh tindakan kimia, radioaktif dan sebagainya.Kesimpulannya, mutasi gen ialah perubahan yang berlaku pada gen.

Tidak ada komentar: